the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pelakon terlibat amang seksual dituduh 17 Jun ini – Polis

SHAH ALAM: Seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Selasa depan (17 Jun).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata arahan tuduh ke atas suspek itu telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Polis Diraja Malaysia komited dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa, serta menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

Related

spot_img

Latest

Chinese ‘Are You Dead?’ app tops charts for solo dwellers

A Chinese app that alerts emergency contacts if users don't check in every 48 hours has become a top paid download, tapping into the anxieties of the country's growing solo population.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories