the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemilik agensi umrah Hejira dan isteri ditahan polis Johor

JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat agensi umrah Hejira Travel & Tour Holding Sdn Bhd bersama isterinya ditahan oleh Polis Kontinjen Johor pada Sabtu lepas berhubung satu lagi kes penipuan yang dilaporkan di Johor.

Ketua Polis Johor CP Datuk M. Kumar berkata penahanan pasangan suami isteri yang berusia 32 tahun itu dilakukan pada Sabtu lepas selepas mereka dibebaskan dengan jaminan Polis Kontinjen Selangor setelah tamat tempoh reman di sana.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di Johor. Setakat ini, sembilan laporan polis diterima melibatkan kerugian berjumlah RM174,080,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

M.kumar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk nasihat selanjutnya.

“Pihak polis menyeru dan memasihatkan orang ramai untuk membuat semakan dengan agensi berkaitan sebelum menggunakan mana-mana syarikat pengendali umrah bagi memastikan syarikat berkenaan dilesenkan dan mempunyai rekod pengendalian yang baik.

Sebelum ini, media melaporkan lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, direman selama tiga hari berkaitan dakwaan kes penipuan pakej umrah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata perintah reman terhadap mereka, yang termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun itu bermula Khamis hingga Sabtu lepas.

Menurutnya sebanyak lapan laporan polis telah diterima dan jumlah semua mangsa dianggarkan seramai 379 orang dengan anggaran kerugian sebanyak RM2.1 juta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories