the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pempengaruh Taiwan mati di hotel disiasat sebagai kes bunuh

Polis klasifikasi semula kematian pempengaruh wanita Taiwan di hotel Kuala Lumpur sebagai kes bunuh, siasatan lanjut sedang dijalankan.

KUALA LUMPUR: Polis telah mengklasifikasikan semula kes melibatkan pempengaruh wanita warganegara Taiwan yang ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di sini pada 22 Oktober lepas sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus menyatakan kes itu sebelum ini disiasat sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Media terdahulu melaporkan mayat pempengaruh itu ditemukan dalam bilik hotel sama pemuzik Wee Meng Chee yang lebih dikenali sebagai Namewee.

Pemuzik tersebut ditahan kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah semasa serbuan pada 4.30 petang 22 Oktober.

Polis menjumpai sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi dengan anggaran berat 5.12 gram semasa serbuan itu.

Namewee kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lepas atas dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan pertama adalah di bawah Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah.

Pemuzik berkenaan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak 4,000 ringgit dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes tersebut telah ditetapkan pada 18 Disember depan. – Bernama

BACA: Dua rakan dipenjara 18 tahun sebabkan kematian lelaki di Teluk Intan

Related

spot_img

Latest

Changan Makes Official Debut at São Paulo Auto Show, Launches Brand in Brazil

SÃO PAULO, BRAZIL - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - On November 20, Changan Automobile officially debuted at the São Paulo Auto Show and hosted a brand launch event, marking its formal entry into Brazil—one of the world's six largest automotive markets.

Most Viewed

Monash University Malaysia Becomes World’s First University to Join IFRC to Drive Global Humanitarian Innovation

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - Monash University Malaysia has become the first university globally to join the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) Global Innovation Partnership.
spot_img

Popular Categories