the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pencapaian murid Malaysia stabil dalam pentaksiran serantau SEA-PLM 2024

Skor Bacaan dan Matematik murid Malaysia kekal melebihi purata serantau dalam SEA-PLM 2024, walaupun sedikit menurun berbanding 2019

PUTRAJAYA: Pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran serantau Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) kekal stabil.

Kedua-dua domain Bacaan dan Matematik masing-masing merekodkan skor melebihi purata serantau, meskipun mencatat sedikit penurunan berbanding pusingan penilaian pertama.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata bagi domain Bacaan, Malaysia merekodkan skor melepasi purata serantau 300 mata.

Skor itu menunjukkan penurunan kecil sebanyak lima mata berbanding penilaian SEA-PLM 2019.

Gambaran sama turut direkodkan bagi domain Matematik apabila skor negara melepasi purata serantau 305 mata.

Penilaian itu juga menunjukkan penurunan lima mata berbanding pusingan sebelumnya.

“Ini bermakna secara keseluruhan, murid Malaysia berada pada tahap literasi membaca yang kompetitif walaupun menghadapi gangguan pembelajaran,” katanya.

Beliau menambah asas numerasi murid Malaysia masih kukuh secara relatif walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam pemulihan pembelajaran.

Kohort yang mengambil bahagian dalam SEA-PLM 2024 ialah murid yang lahir pada 2013.

Mohd Azam menyifatkan kohort itu unik kerana murid menjalani PdPR selama hampir dua tahun ketika berada di Tahun 1 dan Tahun 2.

Gangguan pembelajaran itu berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dari 2020 hingga 2021.

“Gangguan pembelajaran pada awal fasa persekolahan ini merupakan faktor besar yang mempengaruhi penguasaan kemahiran asas mereka,” katanya.

Beliau berkata trend yang direkodkan membantu Kementerian Pendidikan merangka intervensi lebih bersasar.

Intervensi itu bagi memastikan murid bukan sekadar pulih, malah mampu meningkatkan kemahiran Matematik ke tahap lebih tinggi.

SEA-PLM 2024 menilai pencapaian 4,379 murid Tahun 5 daripada 158 sekolah dalam empat domain utama.

Bagi pusingan kali ini, dapatan hanya melibatkan domain Bacaan dan Matematik.

Sebanyak 69% murid mencapai Band 5 dan ke atas bagi domain Bacaan, yang disifatkan sebagai pencapaian baik.

Angka itu termasuk satu pertiga murid daripada keluarga berstatus sosioekonomi rendah.

Bagi domain Matematik pula, sebanyak 74% murid mencapai Band 5 dan ke atas.

“Ini menunjukkan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah telah menampakkan implikasi positif,” kata Mohd Azam.

Antara inisiatif berkenaan ialah pembangunan kapasiti guru, program pemulihan khas, program baca bersama serta program literasi dan numerasi sekolah rendah.

Dari segi jantina, pencapaian murid perempuan masih mengatasi murid lelaki dalam domain Bacaan.

Namun jurang semakin mengecil daripada sembilan mata pada 2019 kepada tujuh mata pada 2024.

Bagi Matematik pula, tiada jurang pencapaian antara murid lelaki dan perempuan direkodkan.

Murid lelaki mencatat peratusan lebih tinggi bagi Band 8 dan 9 berbanding murid perempuan.

Jurang berdasarkan status sosioekonomi kekal sebagai cabaran utama.

Perbezaan ketara direkodkan antara murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggi.

Jurang itu ialah 23 mata bagi Bacaan dan 26 mata bagi Matematik. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Nissan Unveils New N6 PHEV Sedan in China

The latest mid-size plug-in hybrid sedan from Dongfeng Nissan, the N6, has officially debuted in China with a starting price tag of 99,900 yuan — roughly RM66,200. A promotional “benefit price” of 91,900 yuan (about RM61,000) has also been made available for a limited time.The company signalled that the N6 could reach markets in Southeast Asia, the Middle East and parts of Latin America in the future, marking it as the brand’s first “N-series” vehicle beyond its pure-electric offerings.Styled in line with the fully electric N7, the N6 presents a modern, sleek appearance. The front end features a closed-off nose, a full-width light bar above, L-shaped lower lights, an illuminated “NISSAN” badge, flush door handles and an integrated charging port on the rear quarter panel. The rear profile adopts a coupe-like flow, with a continuous taillight strip and a clean bumper that hides the exhaust outlets, adding subtle sophistication to its silhouette.
spot_img

Popular Categories