the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Kementerian Digital menjemput pengamal media untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik bagi mendepani era teknologi terkini susulan perubahan landskap media yang seiring dengan arus perkembangan dunia digital.

Menteri berkenaan Gobind Singh Deo berkata ia sejajar dengan kenyataan Presiden Institut Akhbar Malaysia Datuk Yong Soo Heong bahawa kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman kerana kemahiran seorang wartawan masih diperlukan terutama dari segi memberi sentuhan kemanusiaan dan pemerhatian terhadap situasi sebenar.

“Seiring dengan maksud perayaan Deepavali yang melambangkan kejayaan kebaikan (cahaya) mengatasi kejahatan (kegelapan), saya optimis bahawa industri media di negara ini akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat kita.

“Kehadiran pelbagai teknologi baharu ini hanya bakal melonjakkan martabat mereka ke tahap yang lebih tinggi,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Gobind hadir pada majlis Sambutan Perayaan Deepavali Bersama Pertubuhan Media Tamil Malaysia di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Presiden Pertubuhan Media Tamil Malaysia S. Muthameez Manan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img