the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur dipenjara 4 tahun libas anak kandung guna parang

Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun kerana melibas anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan parang di Setapak.

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melibas anak perempuannya berusia sembilan tahun dengan sebilah parang.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu terhadap K Vejesh, 49, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah pada tarikh jatuh hukum hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 22 Oktober lepas.

Vejesh didakwa dengan sengaja mencederakan anak kandungnya di sebuah unit pangsapuri di Setapak di sini pada 1.30 pagi, 22 Oktober lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 324 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Seksyen 326A pula membawa hukuman penjara selama tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis menerima laporan tertuduh telah melibas sebilah parang hingga terkena anaknya.

Mangsa kemudian dirujuk ke sebuah hospital dengan doktor mengesahkan terdapat kesan luka empat hingga lima sentimeter pada kaki kiri kanak-kanak itu.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Beliau mengambil kira mangsa dalam kes itu merupakan anak kandung tertuduh sendiri.

Vejesh tidak diwakili peguam dan merayu hukuman ringan. – Bernama

BACA: Dokumen MM2H palsu: Pegawai Imigresen dipenjara lapan tahun, denda RM150,000

Related

spot_img

Latest

FIS Ski Jumping World Cup Opens in Lillehammer with CHiQ as Official Partner

LILLEHAMMER, NORWAY - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - From November 21 to 23, the 2025/26 FIS Ski Jumping World Cup officially launched its new season in Lillehammer, Norway, igniting the winter sports calendar with breathtaking momentum.

Merry Giftmas at Hong Kong International Airport: BEAUTY&YOU Unwraps the Ultimate Christmas Beauty Shopping Experience Discover Hong Kong’s Widest Range of Festive Gift Sets...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - This holiday season, BEAUTY&YOU by The Shilla Duty Free is turning travel time into gift time with "Merry Giftmas", a one-stop holiday shopping celebration packed with the city's most comprehensive collection of Christmas-edition beauty sets and exclusive perks from top brands around the world.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories