the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengerusi PN Perak dan Negeri Sembilan letak jawatan

Ahmad Faizal Azumu dan Mohamad Hanifah Abu Baker letak jawatan sebagai pengerusi PN Perak dan Negeri Sembilan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

IPOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (gambar) dan Pengerusi PN Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker mengumumkan peletakan jawatan masing-masing.

Keputusan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Ahmad Faizal yang juga Naib Presiden Bersatu berkata beliau mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Beliau menghormati bahawa pelantikannya ke jawatan itu adalah atas bidang kuasa pengerusi.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu Mohamad Hanifah Abu Baker berkata keputusan itu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab.

Beliau berkata ia selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tatakelola organisasi PN.

“Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagai PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pimpinan, rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Pusat berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Ia disusuli peletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories