the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengusaha vape di Perak diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan

Kerajaan Negeri Perak beri tempoh peralihan hingga Oktober kepada pengusaha vape untuk hentikan operasi sebelum larangan lesen dikuatkuasakan

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memberikan tempoh peralihan sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape untuk menghentikan penjualan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan berkata tempoh itu diberikan bagi membolehkan pengusaha membuat persediaan sebelum larangan dikuatkuasakan sepenuhnya.

“Kita masih beri ruang sehingga Oktober ini kerana terdapat segelintir pengusaha yang masih memegang lesen jualan rokok elektronik yang belum luput tempoh,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan larangan lesen penjualan vape di semua premis perniagaan dalam kawasan PBT bermula 1 Januari 2026.

Sivanesan berharap kelonggaran yang diberikan tidak akan disalah guna oleh mana-mana pengusaha untuk meneruskan perniagaan secara tidak sah.

Beliau menegaskan tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka yang melanggar arahan itu.

“Kita telah bagi ruang dan masa yang cukup… saya harap mereka memahami serta mematuhi larangan yang dikenakan demi kepentingan kesihatan awam,“ katanya. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories