the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penjawat awam rugi RM119,000 diperdaya sindiket penipuan telefon

Seorang penjawat awam wanita rugi RM119,000 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai insurans dan pihak berkuasa.

KUALA BERANG: Seorang penjawat awam wanita berusia 43 tahun kerugian RM119,000 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon.

Mangsa dihubungi suspek pada 16 November tahun lepas yang menyamar sebagai pegawai insurans dan pihak berkuasa.

Mangsa dimaklumkan kononnya terlibat dalam tuntutan palsu serta aktiviti penggubahan wang haram.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran RM188,000 bagi mengelak waran tangkap.

Mangsa membuat pinjaman peribadi dan memindahkan RM110,000 ke akaun suspek serta menyerahkan butiran perbankan.

Mangsa kemudian mendapati RM100,000 dalam akaun bank baharunya telah lesap.

Mangsa turut membuat bayaran RM19,000 melalui mesin deposit wang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdu Wahab berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, seorang suri rumah berusia 28 tahun kerugian RM70,731 selepas diperdaya sindiket kerja sambilan palsu.

Sindiket itu menawarkan pendapatan lumayan melalui ulasan barangan dalam talian.

Mangsa membuat tujuh transaksi ke akaun berbeza antara 11 hingga 12 Januari lepas sebelum menyedari ditipu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata laporan polis dibuat semalam.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Newly rebranded OpenMove AI targets RM119.4b digital transformation market

Newly rebranded OpenMove AI Bhd has begun trading under the stock code “OMAI,” marking its transition from Rexit Bhd into an AI-led digital transformation partner as it positions itself to capture opportunities in Malaysia’s fast-growing RM119.4 billion digital transformation market.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories