the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 6, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbincangan penyelesaian isu tanah Felda Terengganu bermula

Kerajaan Terengganu mulakan perbincangan dengan Felda dan kerajaan Persekutuan bagi selesaikan isu tanah seluas 15,000 hektar di negeri itu.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menyelesaikan isu tanah Felda di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri Datuk Dr Azman Ibrahim berkata perbincangan itu dimulakan petang tadi dan akan disambung malam esok.

“Petang tadi sudah ada perbincangan antara kerajaan negeri, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ahli Lembaga Pengarah Felda dan Pengarah Besar Felda,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Penyelesaian Tanah Felda berkata kerajaan negeri memilih jalan damai.

“Dalam perbincangan mestilah ada ‘give and take’. Saling menghormati bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang dikeluarkan sebelum ini masih diteruskan sehingga ada penyelesaian.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan komitmen kewangan berkaitan isu tanah Felda di Terengganu telah dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk memastikan perkara itu.

Pada Ahad lepas, kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan Felda di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar.

Notis itu dikeluarkan selepas mendakwa selama lebih 40 tahun tanah berkenaan diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan.

Penyerahan notis dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories