the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Perkeso Kelantan salur lebih RM10 juta faedah kepada 2,000 pencarum

Perkeso Kelantan salur lebih RM10 juta faedah caruman kepada lebih 2,000 pencarum dari Januari hingga Oktober bagi pelbagai skim perlindungan

PASIR MAS: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menyalurkan lebih RM10 juta faedah caruman kepada lebih 2,000 pencarum di negeri berkenaan bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata jumlah itu merangkumi pelbagai skim perlindungan termasuk faedah hilang upaya, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, pencen penakat, elaun keuzuran dan lain-lain manfaat di bawah pertubuhan itu.

Beliau berkata pemberian faedah itu membuktikan komitmen berterusan Perkeso dalam memastikan kebajikan pencarum serta tanggungan mereka terus terbela sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan sumber pendapatan.

“Perkeso menawarkan pelbagai skim caruman yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pencarum, tetapi juga ahli keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan termasuk yang melibatkan kehilangan nyawa.

“Sehingga Oktober lepas, lebih RM10 juta telah disalurkan melibatkan faedah di bawah Akta 4, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Lindung Pekerja) dan Akta 838, Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Lindung Kasih),” katanya ketika ditemui di Kampung Nibong, Lemal di sini hari ini.

Terdahulu, Nora menyampaikan Pencen Penakat serta Kotak Prihatin Perkeso kepada Hasliza Hasbullah, 51, balu kepada Allahyarham Salmi Awang, 56, pemandu lori pembancuh simen yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kemalangan di Jalan Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian pada 22 Okt lepas.

Media sebelum ini melaporkan Salmi maut dipercayai mengalami serangan jantung yang menyebabkan lori dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan dan tiang lampu dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari.

Mengulas lanjut, Nora berkata balu kepada arwah menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM3,000 serta bayaran Pencen Penakat sebanyak RM1,500.42 sebulan yang akan dibayar sehingga akhir hayatnya atau sehingga anak-anak mencapai umur 21 tahun.

“Dengan adanya caruman ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban kewangan balu dan empat anak mereka yang masih bersekolah. Saya menyeru semua majikan agar mendaftarkan pekerja masing-masing dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara sekiranya berlaku sebarang kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Hasliza berkata dia tidak menyangka arwah suaminya adalah pencarum Perkeso yang meninggalkan faedah Pencen Penakat untuk dirinya dan anak-anak.

“Dengan adanya faedah caruman peninggalan arwah ini, saya mampu menarik nafas lega untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal dan menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

Israeli man arrested for alleged spying for Iran

Israeli authorities arrest a man in his 40s for allegedly photographing a former PM's home and other sites under Iranian direction, the latest in a series of espionage cases.
spot_img

Popular Categories