the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Permohonan ekstradisi pengasas Bestinet diurus secara G2G dan P2P

Kerajaan Malaysia dan Bangladesh urus permohonan ekstradisi pengasas Bestinet Aminul Islam melalui kerjasama kerajaan dan polis.

KUALA LUMPUR: Permohonan ekstradisi daripada kerajaan Bangladesh untuk mengekstradisi pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin kini sedang dikendalikan Bukit Aman bersama pihak berkuasa di Dhaka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu diuruskan secara kerajaan dengan kerajaan serta polis dengan polis berasaskan pendekatan kerjasama dua negara.

Beliau menyatakan bahawa semasa kunjungan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh Dr Muhammad Yunus ke Malaysia beberapa bulan lepas, mereka sempat membincangkan perkara tersebut.

“Kedua-kedua pihak bersetuju hal itu akan ditangani atau diuruskan secara polis dengan polis,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman.

Saifuddin Nasution bagaimanapun tidak memperincikan sama ada Dhaka telah menjelaskan tujuan ekstradisi berkenaan.

Pada November lepas, beliau dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri mengesahkan telah menerima permohonan dari Bangladesh yang meminta Malaysia menahan Aminul Islam dan rakannya Ruhul.

Kedua-dua individu tersebut dikatakan menjalankan aktiviti pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing.

Beliau menekankan bahawa kerajaan Malaysia mahukan supaya Dhaka memberi penjelasan lanjut berhubung permohonan itu.

Malaysia perlu jelas terlebih dahulu mengenai objektif penahanan sama ada untuk tujuan merakam keterangan dan menjalankan siasatan.

Aminul Islam adalah pengasas dan pengerusi Bestinet yang mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing.

Sistem tersebut digunakan kerajaan Malaysia untuk memproses kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Difahamkan Aminul Islam yang berasal dari Bangladesh dan kini menjadi warga Malaysia tidak lagi menjadi pengerusi Bestinet.

Beliau bagaimanapun masih memiliki pegangan dalam syarikat tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories