Monday, November 10, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permukiman bincang usaha pertingkat kesalinghubungan di pintu masuk negara ASEAN

MELAKA: Permukiman Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN yang berlangsung sehari di Melaka hari ini membincangkan usaha mempertingkat kesalinghubungan di pintu masuk negara masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata ia bertujuan mengelakkan kesesakan ketika berlakunya ketibaan jumlah pelancong yang agak ramai di pintu masuk negara sama ada menerusi darat, udara mahupun laut.

“(Sebagai contoh) macam Singapura dengan Malaysia, akan ada sistem kereta api pada masa akan datang yang hanya mengambil masa lima minit sahaja… (sama ada) dari Singapura ke Malaysia dan sebaliknya.

“Sistem Imigresen pun akan dipermudah… kita hanya akan ada satu sahaja pemeriksaan Imigresen antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas permukiman itu berakhir.

Beliau berkata turut dibincang ialah langkah menambah sistem autogate terutama di lapangan terbang masing-masing bagi mempertingkat kelajuan daftar masuk pelancong selain mempercepat proses pengambilan bagasi.

Mengulas mengenai monsun timur laut yang kerap berlaku pada hujung tahun, Shaharuddin berkata ia tidak begitu menjejaskan aktiviti pelancongan kerana terdapat aktiviti yang memerlukan keadaan cuaca sebegitu seperti meluncur ombak dan rainforest challenge – Bernama

Related

spot_img

Latest

MEXC’s risk control, anti-fraud, and asset freeze measures: Building the security firewall for crypto users

In response to the rising wave of crypto scams and hacking losses, MEXC has implemented a comprehensive security framework combining AI-powered risk control, real-time fraud detection, and transparent asset freeze protocols. These measures not only protect users from manipulation and fund leakage but also redefine how trust and safety are built in the global crypto trading landscape.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories