the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perniagaan Kenya dapat layanan istimewa dari Malaysia, kata PM Anwar

PM Anwar umum layanan istimewa untuk perniagaan Kenya di Forum Perniagaan Malaysia-Kenya, dengan dagangan kedua negara capai RM5.7 bilion

NAIROBI: Perniagaan Kenya akan menerima layanan istimewa dari Malaysia atas dasar persahabatan dan potensi besar yang wujud antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bercakap pada Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Kenya di sini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan kekal sebagai pemudah cara utama untuk perdagangan dan pelaburan berkembang, namun perniagaan perlu memainkan peranan utama.

“Syarikat dari Kenya perlu menjadi peneraju. Ada bidang yang anda cemerlang yang perlu kami manfaatkan dan pelajari. Ada juga bidang yang kami mempunyai kelebihan dan kami berkongsi dengan anda, dan ini sewajarnya menjadi pengaturan baharu,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata perdagangan, pelaburan dan pengetahuan yang dikembangkan seperti ini adalah penting untuk memastikan kejayaan sesebuah ekonomi. 

“(Kita) tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada keupayaan ekonomi mengikut tradisi kita. Kita juga tidak boleh bergantung kepada akses pasaran mengikut tradisi kita,” kata Anwar.

Turut hadir semasa forum itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Setiausaha Utama Promosi Pelaburan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kenya Abubakar Hassan Abubakar.

Pada 2024, Kenya merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Afrika, dengan jumlah perdagangan mencecah RM5.7 bilion, peningkatan sebanyak 1.2 peratus daripada RM5.51 bilion pada tahun sebelumnya.

Perdana Menteri berkata Malaysia berpegang teguh kepada sistem multilateral berasaskan peraturan dan giat menyertai rangka kerja perdagangan bertaraf tinggi dan pada sama terus memperluas rangkaian perjanjian perdagangannya.

“Platform ini menawarkan kelebihan penting, akses pasaran yang lebih besar, peraturan perdagangan yang boleh dijangka dan situasi pelaburan berdaya saing yang boleh dimanfaatkan melalui pengukuhan kerjasama ekonomi Malaysia-Kenya,” kata Anwar.

Menurut beliau fokus Malaysia terhadap pembangunan mampan, integrasi serantau dan kemajuan yang inklusif adalah sejajar dengan Agenda Transformasi Kesatuan Afrika 2063.

Anwar berkata Kenya sebagai suara utama di rantau ini dan penyokong teguh pembangunan utama Afrika, memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi bersama ini.

Kejayaan syarikat Malaysia yang telah beroperasi di Kenya memperlihatkan keyakinan perniagaan Malaysia terhadap trajektori pertumbuhan dan persekitaran pelaburan di Kenya, kata beliau.

“Kami mengalu-alukan syarikat, pelabur dan inovator Kenya untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi meneroka peluang bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh ASEAN dan rantau Asia-Pasifik yang lebih luas.

“Biar Malaysia menjadi jambatan yang menghubungkan potensi besar Afrika dengan landskap ekonomi Asia yang berkembang pesat,” kata Anwar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings