the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara rugi RM212,000 dalam penipuan perniagaan dalam talian

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang pesara 60 tahun di Kota Tinggi kerugian RM212,000 selepas ditipu dalam urus niaga barangan elektrik dan pakaian murah melalui WhatsApp

KOTA TINGGI: Seorang pesara berusia 60 tahun kerugian RM212,000 selepas menjadi mangsa penipuan perniagaan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata lelaki tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada semalam.

Kejadian berlaku apabila mangsa berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp pada 19 Dis lepas.

Suspek menawarkan barangan elektrik, komputer dan pakaian dengan harga murah untuk dijual semula di aplikasi yang disediakan.

“Mangsa telah membuat beberapa transaksi wang ke dalam satu akaun milik suspek sebelum menyedari dirinya ditipu apabila nombor telefon suspek disekat dan gagal dihubungi,“ kata Yusof dalam kenyataan hari ini.

Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Yusuf menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran yang mengelirukan, terutamanya secara dalam talian.

Sekiranya menjadi mangsa penipuan, beliau berkata orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 segera.

Tindakan awal ini adalah untuk menyekat pengaliran wang keluar daripada akaun suspek.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img