Saturday, November 1, 2025
23 C
Malaysia
spot_img

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada ibu tunggal di Semambu

The Sun Webdesk

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hulur bantuan tunai dan bakul makanan kepada ibu tunggal Wong Kim Keow melalui program Ziarah MADANI.

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Wong Kim Keow, di Semambu, Pahang bagi membantu meringankan beban keluarga wanita itu.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menerusi program Ziarah MADANI. 

“Di sebalik wajah tenang itu, tersimpan cerita perjuangan seorang wanita yang tidak pernah mengalah, biarpun ujian hidup datang silih berganti.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya hulurkan sumbangan tunai dan bakul makanan untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Namun yang lebih utama, adalah rasa kebersamaan dan sokongan moral agar beliau tahu, perjuangan ini tidak pernah bersendirian,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook hari ini yang turut dikongsikan oleh Anwar.

Ahmad Farhan berkata semangat Ziarah MADANI bukan sekadar menyantuni golongan memerlukan, tetapi juga menyalakan kembali harapan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img