the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar sertai takbir Aidiladha bersama 500 jemaah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertakbir raya bersama-sama jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini, sempena Aidiladha yang akan disambut esok.

Laungan takbir dipimpin Imam Mustafa Kamal Abdullah itu diadakan selepas solat Jumaat dan disertai lebih 500 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Arafah’ yang disampaikan imam berkenaan.

Terdahulu, Anwar yang lengkap berbaju Melayu bewarna kelabu tiba di masjid itu pada 1 tengah hari selepas menjamu selera di Restoran Pak Zain Patin di Jalan Kampung Orang Asli Bukit Dugang di Dengkil dekat sini.

Beliau turut menyantuni pekerja restoran di bahagian dapur serta pelanggan yang menjamu selera.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories