the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar tekankan kerjasama kerajaan Persekutuan-Sabah penting untuk rakyat

Perdana Menteri tegaskan ketegangan hubungan kerajaan Persekutuan dan Sabah jejas pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat

TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ketegangan dan ketidaksefahaman antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dikhuatiri menjejaskan masa hadapan pembangunan negeri.

Beliau berkata situasi itu turut memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.

Anwar menekankan hubungan kukuh serta kerjasama erat antara kedua-dua kerajaan amat penting bagi memudahkan urusan berkaitan tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Ini termasuk melaksanakan pemulangan 40 peratus hasil negeri pada kadar segera.

“Kita perlukan kerajaan Persekutuan yang kuat, kerajaan negeri yang kuat, serta sebuah kerajaan negeri di Sabah yang dapat bekerjasama dengan baik dengan kerajaan Persekutuan demi rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Temu Rapat Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah.

“Di Parlimen saya umumkan, ya, kerajaan Persekutuan akan menunaikan komitmennya dan akan melaksanakan 40 peratus, itu serta-merta!”

Anwar juga tidak bersetuju dengan kaedah berpolitik berasaskan permusuhan dan kebencian.

Beliau berkata rakyat yang menderita dibelenggu kesusahan dan kemiskinan sedangkan pemimpin politik hidup mewah.

Mengenai pemulangan 40 peratus hasil Sabah, Anwar berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif membawa perkara itu melalui saluran sewajarnya.

Proses perbincangan mengenainya sedang berjalan.

Kerajaan Persekutuan juga memberi perhatian serius kepada masalah infrastruktur Sabah seperti air dan elektrik.

Ini dilakukan menerusi beberapa pembinaan projek empangan yang dijangka siap tahun depan.

Kerajaan Persekutuan telah mengembalikan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah.

Peruntukan RM1.2 bilion disalurkan bagi menjamin kelangsungan bekalan elektrik di negeri itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories