the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 5, 2026
26.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar tiba di Gyeongju hadiri Mesyuarat pemimpin APEC

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Gyeongju untuk Mesyuarat Pemimpin APEC, fokus pada rantaian bekalan dan ekonomi digital.

GYEONGJU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang bermula esok hingga 1 November.

Perdana Menteri, yang tiba di hotel di sini pada 9.05 malam waktu tempatan (8.05 waktu Malaysia) disambut oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz serta delegasi Malaysia.

Terdahulu, pesawat yang membawa Anwar dan delegasi Malaysia mendarat di Pangkalan Udara Gimhae di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada 7.41 malam (6.41 petang waktu Malaysia).

Perdana Menteri disambut oleh Lim Kimo Ketua Preparatory Office for APEC 2025, Naib Gabenor Gyeongju Hojun Song dan Panglima Udara ke-5 Brigedier Jeneral Kang Geun-shin.

Selain itu Anwar juga turut disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid.

Esok, jadual padat menanti Perdana Menteri apabila beliau dijadual menyampaikan kenyataan rasmi negara  semasa Dialog Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC bersama Tetamu.

Anwar dijangka menekankan kepentingan keterangkuman dalam memperkukuh rantaian bekalan, pembangunan ekonomi digital dan kerjasama serantau untuk pembangunan mampan.

Beliau kemudiannya akan mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan wakil dari Nvidia dan YTL Power.

Pada tengah hari, Perdana Menteri akan bertemu dengan Gabungan Perniagaan APEC Amerika Syarikat, diikuti pertemuan secara individu dengan Namhae Chemical Corp dan JS Link, secara berasingan.

Namhae Chemical, syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan, mengeluar dan menjual bahan kimia pertanian, manakala JS Link, syarikat bioteknologi berasaskan genom, menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan analisis genom di Korea Selatan dan di peringkat antarabangsa.

Anwar kemudiannya akan menghadiri majlis makan malam Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC sebelum mengakhiri hari tersebut dengan mengadakan sidang akhbar.

Malaysia merupakan antara 12 negara pengasas APEC. Negara-negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.

Pada masa ini, APEC terdiri daripada 21 ekonomi, dengan penduduk berjumlah hampir tiga bilion orang yang merangkumi 62 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia serta 48 peratus daripada perdagangan dunia pada 2021. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gaw Capital Partners and GFH Partners form JV to develop UAE industrial and logistics development platform.

HONG KONG SAR/DUBAI, United Arab Emirates - Media OutReach Newswire - 5 January 2026 - Gaw Capital Partners, a leading multi-asset investment management firm, and GFH Partners, a leading Dubai-based real estate investment firm specializing in thematic property solutions, announce to establish a UAE-focused industrial and logistics platform (the "Platform") through a joint venture partnership. Gaw Capital will hold a majority stake in the joint-venture company, which will serve as a gateway for the Asian capital to be deployed at-scale into the rapidly expanding UAE real estate market. The joint venture will be targeting high-quality industrial development projects comprising pre-identified seed assets across Dubai, Abu Dhabi and Ras Al Khaimah, the Emirates' fast-growing industrial zones.

Hong Kong life sciences scholarship awards: sowing today, cultivating future leaders tomorrow.

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 January 2026 - Amid Hong Kong's rising prominence as a hub for life sciences talent, the Hong Kong Life Sciences Society (HKLSS) is stepping up its efforts to nurture young talents who will shape the city's scientific future. Through its Hong Kong Life Sciences Scholarship Awards (the Scholarship Awards) introduced in 2022, the Society has celebrated the achievements of outstanding students – this time honoring six students selected from more than 120 nominations.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories