Tuesday, October 28, 2025
24.2 C
Malaysia
spot_img

PM Anwar zahir penghargaan atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

The Sun Webdesk

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan jentera kerajaan yang bertungkus lumus memastikan kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Beliau berkata kejayaan menganjurkan sidang bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin dunia membuktikan keupayaan serta komitmen semua pihak daripada kepimpinan tertinggi negara sehingga petugas barisan hadapan.
“Alhamdulillah, tadi saya gunakan kesempatan untuk ucapkan terima kasih (kepada) puluhan ribu orang yang bertugas… dari lapangan terbang, keselamatan, imigresen, kastam dan semua, serta Kementerian Luar dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
“Tentunya (termasuk) Ketua Setiausaha Negara dan seluruh jentera kerajaan… saya memang terharu… ini menunjukkan bagaimana rakyat keseluruhannya bekerja bertungkus lumus tanpa mengira waktu kerana cinta kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula pada Ahad antara lain menghimpunkan pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.

Selain itu sidang kemuncak berkenaan turut dihadiri oleh Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung, Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa dan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi serta pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

vivo Malaysia launches We Care programme at Rumah Victory

The initiative saw vivo Malaysia volunteers spending quality time with the 19 children currently residing at Rumah Victory, engaging in activities designed to uplift spirits and improve living conditions. The company provided both financial assistance through a cash donation and essential daily necessities to support the children's basic needs and overall well-being.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img