the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM seru perpaduan kaum sempena sambutan Ponggal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat pelbagai kaum kekalkan sikap saling memahami dan hormat sempena perayaan Ponggal.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengekalkan sikap saling memahami dan menghormati sebagai pengikat keharmonian serta perpaduan nasional.

Beliau menyampaikan seruan itu dalam ucapan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal kepada masyarakat India, khususnya komuniti Tamil di Malaysia.

Anwar berkata walaupun rakyat berbeza pandangan, latar belakang atau pendirian, semangat kebersamaan mesti terus diperkasa dalam membina negara yang aman, makmur dan sejahtera.

BACA: PM Anwar seru rakyat perkukuh perpaduan, maknai reformasi pada 2026

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata Ponggal bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas limpahan hasil tuaian tetapi juga menandakan permulaan bulan Thai dalam kalendar Tamil.

“Saya berharap sambutan Ponggal diraikan dengan kegembiraan, keharmonian dan lebih bermakna bersama keluarga serta insan tersayang,” katanya.

Beliau menambah perayaan ini turut mengingatkan tentang nilai kesyukuran, kebersamaan dan saling menghargai antara satu sama lain.

Ponggal ialah perayaan kesyukuran masyarakat Tamil bagi menzahirkan penghargaan kepada Tuhan atas limpahan hasil pertanian.

Sambutan perayaan ini berlangsung selama empat hari bermula dengan Bhogi.

Ia diikuti Thai Ponggal iaitu persembahan nasi manis kepada Dewa Matahari, Mattu Ponggal sebagai penghargaan kepada haiwan ternakan dan Kaanum Ponggal. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

‘Protect local MSME amid foreign influx’

The Malaysian Employers Federation calls for urgent action to level the playing field for local businesses, emphasising fair enforcement and stronger local content policies.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories