Monday, October 27, 2025
29.4 C
Malaysia
spot_img

Polis Kedah gerak 30 MPV ke sekolah tangani masalah disiplin

The Sun Webdesk

Polis Kedah gerakkan 30 unit MPV ke sekolah terpilih bagi tangani masalah disiplin termasuk buli dan pergaduhan di kalangan pelajar

JITRA: Polis Kedah mengambil inisiatif menggerakkan Unit Kereta Peronda ke sekolah terpilih di negeri ini dalam usaha menangani masalah disiplin di sekolah.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzly Abu Shah berkata setakat ini 30 MPV telah digerakkan ke sekolah yang dikenal pasti bagi tujuan itu.

Beliau menyatakan operasi ini bertujuan menangani isu seperti buli dan pergaduhan di kalangan pelajar.

Inisiatif ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih tenteram serta aman.

“Pada sebelah malam kita akan ke sekolah bersama-sama guru untuk menimbulkan persekitaran selamat dan keyakinan pelajar.”

“Kadang-kadang pelajar apabila nampak polis beruniform akan berasa selamat manakala yang hendak buat masalah pun akan terbantut,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini semalam.

Dalam pada itu beliau menyeru masyarakat khususnya ibu bapa supaya lebih mengambil berat keberadaan dan aktiviti anak di luar rumah.

Adzly menekankan kepentingan pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak terutama pada waktu malam.

“Ibu bapa kalau tengok anak 13 hingga 15 tahun keluar malam kena tanya hendak ke mana.”

“Kita kena balik macam zaman dulu mengambil berat dan busybody tentang anak.”

“Tengok anak orang lain pun tanya keluar malam untuk apa,” katanya.

Beliau berkata polis akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak terutama Jabatan Pendidikan Negeri.

Kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri ini penting bagi menangani masalah disiplin di sekolah secara berkesan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Jockey Club Multiple Pathways Initiative – CLAP-TECH Pathway, Led by HKBU, Releases Report Highlighting the Importance of Vocational and Professional Education and Training in...

Led by HKBU and funded by The Hong Kong Jockey Club Charities Trust, the CLAP-TECH initiative showcases how Vocational and Professional Education and Training (VPET) empowers secondary students with practical skills, diverse pathways, and stronger career readiness.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img