the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Kedah tahan lelaki, rampas syabu RM2.4 juta

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Polis tahan seorang lelaki dan rampas 75kg syabu bernilai RM2.4 juta di Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar.

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 75 kilogram dadah syabu bernilai RM2.4 juta di Plaza Tol Hutan Kampung di sini.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata suspek berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 pagi semalam.

Pemeriksaan menemui empat guni putih mengandungi 75 bungkusan syabu di belakang kenderaan pacuan empat roda suspek.

Polis turut merampas sepucuk pistol automatik bersama 12 peluru hidup.

“Suspek bertindak agresif serta enggan keluar dari kenderaan menyebabkan anggota terpaksa memecahkan cermin,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sebagai ‘transporter’ dan ditawarkan bayaran RM15,000.

Beliau ditugaskan membawa bekalan dadah dari Perlis ke Butterworth, Pulau Pinang.

Polis kini sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu.

Polis turut menyita sebuah kereta BMW X5, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 dan wang tunai RM500.

Barangan itu disita susulan pemeriksaan di rumah suspek di Sungai Petani.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Suspek direman tujuh hari sehingga 28 Disember ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori mati.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Dalam sidang media sama, Adzli turut memaklumkan penahanan berkaitan kes ragut.

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan atas kes ragut menggunakan motosikal terhadap seorang pelajar antarabangsa.

Kejadian berlaku pada 19 Disember di sini.

Bapa mentua suspek berusia 46 tahun turut ditahan di sebuah rumah kira-kira pukul 2 pagi.

Lelaki itu mempunyai tiga rekod kes dadah manakala bapa mentuanya mempunyai 12 rekod jenayah.

Kebanyakan rekod bapa mentua berkaitan kes curi kabel.

Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Climate pledges must translate into decisions and action – Sultan Nazrin

Climate change is already disrupting livelihoods across Asia, with shifting monsoons, warming seas and recurring heat threatening farmers, fishing communities and outdoor workers, Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah said.

RM50m threshold risks penalising businesses that grow, says economist

Malaysia’s plan to exempt businesses with annual sales below RM50 million from the RM2,000 minimum wage could discourage expansion and investment, undermining efforts to raise productivity, an economist has warned.

Most Viewed

spot_img