the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis KL perkasa sistem Pegawai Perhubungan Sekolah

Polis KL tingkat sistem PPS dengan lantik pegawai kanan untuk tangani isu disiplin, jenayah dan keselamatan sekolah secara lebih berstruktur

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memperkukuh sistem Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dengan melantik pegawai kanannya untuk mengetuai pasukan PPS di setiap sekolah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata inisiatif berkenaan antara keutamaan polis kontinjen itu dalam usaha menangani isu disiplin, jenayah dan keselamatan di sekolah secara lebih berstruktur.

“Jika sebelum ini seorang inspektor mengetuai sebuah sekolah, kini saya menugaskan pegawai berpangkat ASP dan DSP,” katanya ketika berucap pada Program Kesejahteraan Komuniti Disiplin Terjaga, Generasi Terbina.

Seorang ASP akan bertanggungjawab terhadap beberapa sekolah manakala DSP pula akan mengetuai penugasan berkenaan.

Fadil berkata penambahbaikan terhadap sistem PPS itu dilakukan kerana usaha pencegahan jenayah perlu dimulakan di peringkat sekolah.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu penting bagi memantau sekolah pelbagai aliran di ibu negara.

Ini khususnya dalam menangani isu seperti buli fizikal dan siber, penyalahgunaan dadah serta penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar.

“Kehadiran PPS yang lebih kerap bersama guru membolehkan kita menghalang gangguan luar termasuk elemen gengsterisme daripada menembusi sekolah,” katanya.

Fadil turut memberi jaminan pihak polis akan bekerjasama secara profesional dengan guru disiplin.

Beliau meminta golongan pendidik tidak bimbang dalam menjalankan tugas penguatkuasaan peraturan di sekolah.

Pada masa ini di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat 219 sekolah rendah, 122 sekolah menengah serta 27 sekolah antarabangsa.

Setiap sekolah mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Sekolah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

SSSTC launches 16TB enterprise SATA SSD with breakthrough IOPS performance

Responding to the rapidly growing demand for high-density, low-latency storage in AI servers and data centers, SSSTC has introduced its next-generation enterprise solid-state drive (SSD), the ER4 Series SATA SSD.
spot_img

Popular Categories