the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 6, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis mohon bantuan kesan wanita hilang selepas lawat suami di hospital

Polis Shah Alam mohon bantuan orang ramai kesan wanita hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, Seksyen 7.

SHAH ALAM: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, Seksyen 7.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata kehilangan wanita itu, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, dilapor adiknya pada 12.06 tengah malam tadi.

Siasatan awal mendapati wanita itu telah keluar dari hospital selepas melawat suaminya di wad kira-kira 2 petang semalam.

Kali terakhir mangsa berhubung dengan suaminya pada tarikh tersebut ialah 3 petang melalui aplikasi WhatsApp.

“Sehingga kini mangsa masih belum dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung keberadaan mangsa boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Izzman Mohd Idrus.

Beliau juga merupakan Ketua Polis Balai Seksyen 6 di talian 013-4003355.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories