the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sahkan tiada unsur jenayah dalam kebakaran kondominium Segambut

Polis tolak unsur jenayah dalam kebakaran kondominium di Segambut yang mengorbankan seorang lelaki, siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut

PETALING JAYA: Polis menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kebakaran sebuah unit kondominium di Segambut yang mengorbankan seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata siasatan awal tidak menemui sebarang tanda perbuatan khianat.

“Pasukan forensik dan pasukan anjing pengesan (K9) JBPM telah pergi semula ke lokasi dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

Kes itu disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Mangsa berusia 38 tahun itu merupakan seorang pelukis sambilan yang tinggal bersendirian di unit berkenaan sejak 2021.

Beliau kali terakhir menghubungi keluarganya pada 2 petang Sabtu lepas.

Bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati punca kematian adalah akibat melecur teruk.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur memaklumkan mangsa ditemukan maut di balkoni kondominium.

Pasukan penyelamat mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan melecur seluruh badan.

Panggilan kecemasan diterima bomba pada 8.46 malam semalam.

Anggota dari balai bomba Sri Hartamas, Menjalara, Sentul dan Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokasi.

Kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 12.94 meter persegi berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2.03 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories