the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Sarawak diingat elak provokasi semasa PRN Sabah

Lebih 1,000 anggota polis Sarawak diingatkan jangan bertindak balas terhadap provokasi semasa bertugas kawal selia Pilihan Raya Negeri Sabah

KUCHING: Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis dari Sarawak yang ditugaskan membantu kawalan keselamatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 diingatkan supaya tidak bertindak balas terhadap sebarang provokasi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata suasana kempen pilihan raya yang biasanya agak panas memerlukan anggota bertugas mengawal emosi.

“Sentiasalah bertindak berdasarkan undang-undang serta arahan operasi,” katanya semasa majlis pelepasan bantuan sumber manusia di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak.

Beliau menekankan bahawa setiap tindakan anggota polis diperhatikan masyarakat dan profesionalisme perlu dikekalkan pada setiap masa.

Sebanyak 903 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Sarawak berlepas ke Sabah hari ini bagi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar.

Jumlah keseluruhan anggota yang digerakkan ke Sabah adalah 1,031 orang, dengan sebahagian sudah berada di Sabah manakala selebihnya berlepas hari ini.

Semua pegawai dan anggota terbabit telah mengikuti taklimat dan latihan berkaitan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya.

Latihan tersebut meliputi tugasan keselamatan selaras dengan amalan setiap kali penugasan PRN. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories