the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat kes pembantu rumah tempatan didera majikan di Gombak

Polis Gombak siasat kes penderaan pembantu rumah warga tempatan oleh majikan, mangsa berusia 22 tahun melarikan diri dan dapatkan rawatan

GOMBAK: Polis memulakan siasatan kes seorang pembantu rumah warga tempatan yang mendakwa didera oleh majikannya di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mangsa bertindak melarikan diri dan meminta pertolongan daripada jiran.

Mangsa telah mendapatkan bantuan untuk menerima rawatan dan memaklumkan kejadian ini kepada pihak polis.

Laporan diterima daripada wanita berusia 22 tahun itu pada pukul 8.38 malam semalam.

Noor Ariffin berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat.

Mereka boleh menghubungi ASP Ikhwanizam Ismail di talian 019-6000468.

Panggilan juga boleh dibuat ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories