the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki disyaki palsukan anugerah kehormatan di Teluk Intan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Polis tahan lelaki 41 tahun disyaki terlibat pemalsuan gelaran kehormatan dan dokumen persatuan di Teluk Intan, rampasan dokumen palsu dan kereta

TELUK INTAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat di sebuah rumah di Taman Banjar Jaya, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata penahanan itu hasil risikan dan pemantauan pegawai tangkapan bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerusi Ops Puyuh (Penyamaran).

“Suspek disyaki terlibat dalam pemalsuan gelaran kehormatan tidak sah serta pemalsuan dokumen Persatuan Bekas Polis Malaysia bagi tujuan memperdayakan pihak tertentu.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam pemalsuan gelaran kehormatan dan dokumen pertubuhan tidak sah. Kes masih dalam siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat dari BSJK IPD Hilir Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata beberapa keping dokumen “watikah penganugerahan” dan “kebenaran meletakkan panggilan adat pertubuhan dalam dokumen rasmi”, pelbagai sijil, lambang serta kad keahlian berkaitan pertubuhan tidak sah, selain gambar suspek berpakaian istiadat dengan pelbagai gelaran kehormatan palsu turut dirampas.

Bakri berkata rampasan juga melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis dengan pelekat dan lambang kehormatan tidak diiktiraf serta sebuah telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan bagi urusan penyamaran.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Anugerah Persendirian 2017 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan berkaitan pemakaian atau pengeluaran anugerah kehormatan tidak sah.

Dalam pada itu, Bakri berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak mencatatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM600,000 bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Antara rampasan terbesar melibatkan 8,751.14 gram heroin bernilai RM437,557, diikuti 2,369.2 gram ganja bernilai RM118,460, selain syabu, erimin, ketamin, ekstasi dan mitragynine dalam pelbagai bentuk.

“Rampasan ini menunjukkan keberkesanan operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak termasuk tindakan risikan, serbuan dan pemantauan bersepadu dengan agensi berkaitan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Suresh Peters’ first JB show to evoke memories of 1990s Tamil cinema

Indian singer-composer Suresh Peters, known for his contributions to Tamil film music in the 1990s, will perform in Johor Bahru for the first time at the ‘Legends Vibe – Live in JB’ concert on Dec 5.

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

Most Viewed

spot_img