the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis terima laporan baharu mangsa amang seksual guru di KL

Polis KL terima laporan kedua mangsa amang seksual oleh guru sama, suspek direman, siasatan giat dijalankan.

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan baharu melibatkan seorang lagi murid lelaki yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh seorang guru.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus (gambar) berkata laporan dibuat oleh keluarga mangsa berusia 11 tahun di Balai Polis Pudu semalam.

Beliau berkata laporan ini melibatkan suspek sama yang kini masih dalam tahanan reman.

“Siasatan melibatkan kedua-dua laporan masih giat dijalankan terhadap suspek,” katanya.

Fadil berharap masyarakat yang mempunyai maklumat tampil membantu pihak polis.

Pada Sabtu lepas, seorang guru lelaki berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sekolah sama.

Suspek direman selama enam hari hingga 25 Dis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Pada majlis sama, Fadil merakamkan penghargaan kepada Yayasan Al-Izuddin, MedicAid dan Kumpulan Sri Ternak atas kerjasama menyalurkan sumbangan.

Beliau berkata sumbangan itu disasarkan kepada warga polis Kuala Lumpur daripada golongan asnaf dan mereka yang mempunyai anak istimewa.

Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur Datin Nurashidah Ishak berkata penganjuran majlis berkenaan adalah manifestasi nilai kemanusiaan.

“Sebanyak 96 anak asnaf dan 94 anak istimewa telah menerima sumbangan ini,” katanya.

Nurashidah berkata PERKEP komited untuk terus menjadi pelengkap kepada usaha PDRM dalam menjaga kebajikan keluarga polis.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories