the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis: Tiada keperluan skuad khas tangani isu buli di sekolah

ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah Datuk Adzly Abu Shah menyatakan tiada keperluan untuk menubuhkan skuad khas bagi menangani isu buli di sekolah pada masa ini.

Beliau berkata kes buli membabitkan pelajar di negeri itu meningkat kepada 30 kes dari Januari hingga Ogos tahun ini berbanding 10 kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Setakat ini tiada keperluan menempatkan skuad khas kerana kita sudah ada pegawai perhubungan sekolah, cuma bila timbul isu buli kita akan buat pemeriksaan terutama di asrama, sampai tahap kita pergi malam,“ katanya.

Ketua polis daerah juga akan melawat asrama untuk menghindarkan isu buli tanpa mengikut jadual yang ditetapkan.

Lawatan akan diadakan pada waktu malam, hujung minggu dan hari tidak sekolah terutama di sekolah berpotensi masalah disiplin.

Beliau telah memberikan arahan kepada pegawai untuk kerap turun padang dan merancang untuk turun sendiri jika ada kelapangan.

Adzly berkata demikian kepada pemberita pada Program Town Hall Discussion PDRM Kontinjen Kedah yang membincangkan tajuk “Buli, Cabaran, Tanggungjawab dan Penyelesaian Bersama”.

Pihak polis akan memberi tumpuan khusus kepada sekolah-sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang serius.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya masih menunggu maklum balas siasatan berkaitan penahanan seorang rakyat Malaysia di Sadao, Thailand bersama senjata api serta ratusan peluru baru-baru ini.

“Sudah tentu sempadan ini di bawah tanggungjawab polis Kedah dan kita sentiasa mengetatkan kawalan di sempadan,“ katanya.

Pihak polis akan menyiasat jika ada unsur ketirisan dan tidak akan berkompromi jika ada anggota terlibat dalam sebarang kesalahan.

Tahun ini saja pihak polis telah menahan kerja 56 orang dan tidak akan bertolak ansur terutama dalam kes ketirisan, senjata api dan dadah.

Media Thailand sebelum ini melaporkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 5.35 petang di sebuah sekatan jalan raya oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao.

Pemeriksaan terhadap kenderaan jenis KIA bernombor pendaftaran Malaysia dipandu suspek menemukan dua laras raifal M4 bersama 300 butir peluru kaliber 5.56 milimeter.

Turut dirampas tujuh magazin peluru 5.56mm, 100 butir peluru kaliber .45mm dan 50 butir peluru kaliber 9mm. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories