Thursday, November 6, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tumpas sindiket rokok seludup RM700,000 di Teluk Intan

The Sun Webdesk

Polis rampas 65,000 bungkus rokok seludup bernilai RM700,000 dalam Ops Kontraban di Teluk Intan, tangkap seorang lelaki sebagai penghantar.

TELUK INTAN: Polis menumpaskan satu sindiket penyimpanan dan pengedaran rokok seludup bernilai RM700,000 dalam serbuan Ops Kontraban di sekitar daerah ini.

Operasi pada 18 Oktober lalu dilaksanakan hasil risikan Ketua Polis Balai Teluk Intan bersama Cawangan Khas IPD Hilir Perak.

Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan dan dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk sindiket berkenaan.

Tiga serbuan berasingan kemudian menemui sejumlah besar rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai.

Polis merampas lebih 130 kotak dan beberapa guni berisi lebih 65,000 bungkus rokok pelbagai jenama.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM700,000.

Beberapa batang anak kunci, alat kawalan jauh pintu premis, dua telefon bimbit dan sebuah MPV Toyota Estima turut dirampas.

Kenderaan tersebut dipercayai digunakan untuk aktiviti penghantaran rokok seludup.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Suspek direman selama 14 hari bermula 19 Oktober hingga 1 November di bawah Seksyen 116C akta sama.

Polis sedang mengesan pemilik sebenar rokok seludup serta rakan sindiket lain yang terlibat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img