the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tutup jalan, pasar di Kinabatangan semasa PRK Parlimen dan DUN

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Jalan dan pasar di Kinabatangan akan ditutup sementara semasa hari penamaan calon dan pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag

KINABATANGAN: Polis akan menutup sementara jalan, pasar tani, pasar awam, dan pasar tamu di Kinabatangan bagi melancarkan aliran trafik semasa hari penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata jalan yang ditutup melibatkan Jalan Dato Pengiran Galpam bermula di hadapan Mahkamah Syariah sehingga Simpang 3 menuju Jalan Dato Malek Chua.

“Semasa hari penamaan calon pada Sabtu ini, jalan berkenaan akan ditutup bermula 7 pagi, manakala pada hari pengundian, penutupan bermula 5 petang sehingga selesai proses pengiraan undi dan pengumuman calon menang,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 24 Jan ini.

Penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Jan ini.

Beliau berkata penutupan pasar awam, pasar tani, dan pasar tamu bagi hari penamaan calon dilaksanakan bermula 2 petang pada 9 Jan sehingga 8 pagi, 11 Jan.

Pasar sama akan ditutup pada 23 Jan mulai 2 petang sehingga 12 tengah hari pada 25 Jan semasa hari pengundian.

“Orang ramai dinasihatkan merancang awal perjalanan pada hari berkenaan dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya.

Ravi meminta orang ramai mematuhi segala arahan dan memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran proses demokrasi itu.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Pusat Kawalan Daerah Kinabatangan di talian 089-561890.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Climate pledges must translate into decisions and action – Sultan Nazrin

Climate change is already disrupting livelihoods across Asia, with shifting monsoons, warming seas and recurring heat threatening farmers, fishing communities and outdoor workers, Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah said.

RM50m threshold risks penalising businesses that grow, says economist

Malaysia’s plan to exempt businesses with annual sales below RM50 million from the RM2,000 minimum wage could discourage expansion and investment, undermining efforts to raise productivity, an economist has warned.

Most Viewed

spot_img