the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
24.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tutup laluan di Hulu Langat akibat banjir, bantu hantar calon SPM

Dua laluan di Sungai Serai dan Nanding ditutup sementara akibat banjir, polis bantu hantar calon SPM ke pusat peperiksaan

HULU LANGAT: Polis menutup sementara dua laluan di kawasan Sungai Serai dan Nanding di sini yang terjejas akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata penutupan dibuat berikutan hujan berterusan sejak awal pagi.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian banjir itu pada 6.18 pagi.

“Laluan itu ditutup sementara kerana paras air semakin meningkat dan kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Naazron berkata paras air di Batu 18 menunjukkan penurunan manakala di kawasan Batu 14 masih dinaiki air.

Anggota polis telah ditempatkan untuk memantau situasi di kawasan terjejas.

Polis bersama penduduk turut membantu menghantar calon Sijil Pelajaran Malaysia ke pusat peperiksaan.

Calon dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil dan SMK Dusun Nanding berikutan laluan ke sekolah dinaiki air.

“Setakat ini semua calon SPM di kawasan yang terjejas sudah dihantar ke pusat peperiksaan dan dalam proses menghantar seorang lagi calon,” katanya.

Pusat pemindahan sementara di kawasan terbabit telah diaktifkan.

Naazron menasihatkan penduduk yang terjejas banjir supaya segera berpindah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.
spot_img

Popular Categories