the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat Malaysia hilang dalam tanah runtuh di Sumatera Barat: Wisma Putra

Kementerian Luar sahkan seorang rakyat Malaysia hilang akibat tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November lalu

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.

Asrul Nizam Apridwson, 30, dilaporkan hilang sejak 27 November lepas.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan BASARNAS Indonesia, BPBD Sumatera Barat, dan polis tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini operasi mencari dan menyelamat.

Kementerian menasihati rakyat Malaysia di Sumatera Barat mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta menjauhi zon terdedah tanah runtuh dan banjir.

Laluan Padang-Bukittinggi di kawasan Lembah Anai masih ditutup kepada lalu lintas.

“Rakyat Malaysia yang kini berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Konsulat Jeneral bagi memudahkan pemberian bantuan dan komunikasi yang tepat pada masa,” menurut kenyataan kementerian.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui talian +62 823-6164-6046 yang beroperasi 24 jam.

Mereka juga boleh menghubungi melalui e-mel [email protected] untuk sebarang bantuan kecemasan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vietnam launch ASEAN Hyundai Cup 2026 Challenge against Timor-Leste

Captain Nguyễn Quang Hải and his team mates will look to lay down a marker to the rest of the competition by picking up their first three points of the competition with the Vietnamese attempting to successfully defend the title for the first time.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings