Sabah FC tidak terganggu dengan masalah JDT, fokus pada persiapan sendiri untuk final Piala FA esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.
KUALA LUMPUR: Sabah FC kekal fokus kepada pasukan sendiri dalam usaha menamatkan penantian 30 tahun untuk memenangi Piala FA.
Ketua Jurulatih Jean-Paul de Marigny berkata pasukannya tidak akan terganggu dengan masalah kecederaan dan penggantungan dihadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final esok.
“Saya seorang jurulatih yang hanya memfokuskan kepada pasukan saya,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Beliau menekankan objektif utamanya ialah memastikan pemain melaksanakan rancangan permainan dengan tahap mental yang betul.
De Marigny berkata pasukannya akan bersedia menghadapi perlawanan berbanding berasa tekanan.
“Sebabnya ialah, kami di sini (Final Piala FA) kerana atas usaha kami dan kami berhak ke atasnya,” katanya.
Beliau menambah ia suatu penghormatan untuk berada di final dan pasukan perlu menghargai detik itu.
Sementara itu, kapten Sabah Dominic Tan berkata skuad tetap bersemangat dan lapar untuk menamatkan misi dengan gemilang.
“Ia merupakan satu perjalanan yang panjang untuk kami mara ke final selepas 27 tahun,” katanya.
Tan berkata pemain sangat berbangga dengan detik ini namun tidak akan berpuas hati.
Beliau menegaskan pasukan akan memberikan yang terbaik pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.







