the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
27.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor komited selesaikan isu perumahan strata secara menyeluruh

Kerajaan negeri Selangor fokus kepada tiga aspek utama untuk selesaikan isu perumahan strata, termasuk pemilikan, naik taraf infrastruktur dan pembangunan sosial komuniti.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor komited menyelesaikan isu perumahan berstrata secara menyeluruh melalui tiga fokus utama.

Fokus tersebut melibatkan pemilikan strata, menaik taraf infrastruktur dan pembangunan sosial komuniti.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha ke arah keselesaan penduduk disokong dengan peruntukan lebih besar.

Peruntukan itu bagi menjamin penyelesaian holistik, khususnya di kawasan pangsapuri berusia lebih 50 tahun.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang menyelesaikan isu paling asas iaitu pemilikan strata yang tertangguh lama.

“Pada 2026, kita anggarkan 10 kawasan apartmen akan berjaya diselesaikan isu strata,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemberian Bantuan Projek Skim Ceria Tahun 2025.

Amirudin berkata tanpa hak milik strata, banyak manfaat tidak dapat dinikmati penduduk.

Kerajaan negeri juga tidak dapat melaksanakan pengenalan cukai petak secara lebih berkesan.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk mempercepat proses.

Proses itu melibatkan pelan ukur, urusan peguam dan kelulusan pejabat tanah yang kini diteliti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Untuk keselesaan dan keselamatan penduduk, peruntukan bagi Skim Ceria ditambah kepada RM5 juta tahun hadapan.

“Setiap tahun kita peruntuk RM3 hingga RM4 juta, tetapi untuk tahun hadapan kita naikkan kepada RM5 juta,” katanya.

Penyelesaian isu turut dilaksanakan dengan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan sosial.

Ini termasuk Program Rewang Komuniti, kemudahan perpustakaan serta projek sosial lain.

Amirudin berkata isu di kawasan pangsapuri tidak hanya berkisar kepada infrastruktur fizikal.

Ia turut melibatkan masalah hubungan sosial, tekanan hidup dan sejarah konflik panjang yang perlu ditangani.

“Sebab itu kita masuk dengan program sosial untuk pulihkan semangat komuniti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata kerajaan negeri kini bersedia berdepan cabaran pembangunan semula.

Cabaran itu melibatkan pangsapuri atau kawasan perumahan lama yang dibina sejak 1970-an melalui model ‘menang-menang’.

Sebagai permulaan, pihaknya akan meminta LPHS dengan kerjasama PBT menjayakan pembangunan semula satu atau dua ‘perumahan usang’ menjelang 2027.

Kerajaan negeri mahu memastikan kawasan perbandaran lama tidak menjadi usang dan terus relevan.

Ini seiring peningkatan status bandar raya beberapa PBT termasuk Subang dan Klang.

“Ini cabaran besar kerana melibatkan penempatan semula penduduk, kos tinggi dan perancangan menyeluruh,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Ren Li, Founder of Letright Industrial Corporation, Honored as “Entrepreneur of the Year” at ACES Awards 2025 in Bali

ALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - Ren Li, Founder of Letright Industrial Corporation, has been named “Entrepreneur of the Year” at the Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) Awards 2025, held from 27–28 November at the InterContinental Bali Resort.

Most Viewed

ATPI Singapore conferred prestigious Global Travel Management Company of the Year award

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - ATPI Singapore has been recognised as the Global Travel Management Company of the Year at the prestigious TDM Travel Trade Excellence Awards Asia 2025.
spot_img

Popular Categories