the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sindiket seludup Kelantan guna taktik tarik bot elak pengesanan

KOTA BHARU: Sindiket penyeludupan di Kelantan dilaporkan menggunakan kaedah baharu dengan menarik bot berisi barangan kawalan menggunakan tali tanpa menghidupkan enjin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata taktik ini menyukarkan pengesanan kerana tiada bunyi enjin dan dilakukan pada waktu malam.

“Sejak pelaksanaan penutupan pangkalan haram pada 1 Disember tahun lepas, kes penyeludupan berkurangan dengan ketara. Namun, kini sindiket menggunakan taktik baharu,“ katanya selepas Ops Kesan 4.0 di Pasir Tumboh hari ini.

Azman menegaskan KPDN bersama agensi penguat kuasa lain akan memperketat kawalan di sempadan, termasuk pada waktu malam, bagi mengekang ketirisan barangan kawalan.

“Apabila muncul taktik baharu seperti ini, ia menjadi cabaran besar untuk kami membendung ketirisan. Namun, kami tetap komited membanteras walaupun penyeludupan masih berlaku hampir setiap hari,“ jelasnya.

Beliau turut mendedahkan satu kes hari ini melibatkan penyeludupan 50 kotak minyak masak dan 150 peket tepung gandum. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BMW Prepares to Bid Farewell to the Z4 With a Final Edition

BMW is closing the chapter on one of its most recognisable modern roadsters with the introduction of the Z4 Final Edition. This limited-run version marks the last opportunity for customers to order a new Z4 before production ends in March 2026. Since its debut in 2002, the Z4 has built a strong following through its mix of distinctive styling, open-top driving and sharp handling. The Final Edition is designed as a closing tribute to the model, offering exclusive exterior and interior details that set it apart from the standard range.The Final Edition will be available for order only for a short period beginning in late January 2026, giving interested buyers a narrow window to secure one of the last examples.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories