the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Speaker DUN Perlis umum kekosongan luar jangka tiga kerusi

Tiga kerusi DUN Perlis kosong secara luar jangka selepas keahlian ADUN PAS terhenti, kata Speaker Rus’sele Eizan

KANGAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus’sele Eizan mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi DUN.

Kerusi yang terlibat ialah DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji.

Kekosongan itu berlaku selepas keahlian tiga ADUN kawasan itu dari PAS terhenti serta-merta.

Rus’sele berkata keputusan itu selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

“Saya telah menerima notis bertulis mengenai tiga kekosongan luar jangka di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis daripada ADUN Beseri Haziq Aysraf Dun,” katanya.

Beliau berkata telah membuat semakan dan meneliti perkembangan berkaitan tiga ADUN berkenaan.

“…dan saya berpuas hati untuk memutuskan bahawa telah berlaku kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Speaker DUN Perlis di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Berikutan itu, beliau akan memaklumkan secara rasmi kekosongan luar jangka bagi ketiga-tiga DUN berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Rus’sele berkata walaupun usia DUN Perlis telah genap tiga tahun pada 18 Dis lepas, kerajaan negeri merasakan terdapat keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

“Dalam keadaan biasa, berdasarkan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka apabila usia DUN telah mencecah tiga tahun atau lebih.

“Bagaimanapun, saya berpendapat tiga kekosongan itu perlu diisi semula bagi kepentingan kestabilan kerajaan dan untuk memastikan khidmat terbaik dapat diberikan kepada rakyat, memandangkan kekosongan luar jangka itu menjejaskan bilangan majoriti ADUN Perlis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menggunakan budi bicara yang diperuntukkan melalui Proviso Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis untuk memaklumkan perkara itu secara bertulis kepada SPR.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Berikutan tindakan itu malam tadi, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, menerusi kenyataan media, memaklumkan PAS menggugurkan keahlian tiga ADUN Perlis dari parti tersebut serta-merta, berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Mereka ialah ADUN Chuping Saad Seman; ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail; ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas, PN di Perlis memenangi 14 kerusi DUN iaitu sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu, manakala seorang ADUN PKR bagi kerusi DUN Indera Kayangan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories