the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 29, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPR adakan mesyuarat khas PRK Kinabatangan, Lamag pada 16 Dis

Suruhanjaya Pilihan Raya akan adakan mesyuarat khas pada 16 Dis untuk tentukan tarikh penting PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag susulan kematian penyandangnya.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 16 Dis ini.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata suruhanjaya itu telah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi tersebut.

Kekosongan itu berlaku susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Dis lepas.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK.

Tarikh itu termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu selesai.

Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari.

Tempoh 60 hari itu dikira dari tarikh kekosongan dipastikan oleh SPR.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital di Sabah pada 1.46 pagi, 5 Dis lepas.

Beliau baru sahaja dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 Nov lepas.

Pada PRN itu, Allahyarham yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi.

Di peringkat nasional, Bung Moktar memulakan kerjaya sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Beliau terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal berturut-turut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah mengemukakan pemberitahuan rasmi kepada SPR berhubung pemergian Allahyarham.

Related

spot_img

Latest

FSBM MD Pang Kiew Kun steps down after delivering PN17 turnaround

During his tenure, Pang repositioned FSBM from a traditional technology services provider into a smart manufacturing and AI-driven solutions company, with a focus on supporting Malaysian manufacturers and SMEs in Industry 4.0 adoption.

Malton, Dongguan Benling Vehicle Technology sign MoU to study EV motorcycle assembly in Malaysia

Property developer Malton Bhd is exploring diversification into sustainable transportation through a new collaboration with Chinese electric motorcycle manufacturer Benling Vehicle, as both parties assess the viability of setting up a local assembly hub to serve Malaysia and the wider Asean market.

DXN’s underlying growth stays strong despite currency headwinds

Excluding currency translation effects, the group recorded a strong normalised year-on-year growth of 14.5%, underpinned by robust local-currency demand across Latin America, India and the Middle East. While EBITDA and net profit moderated due to higher aircraft leasing costs and the absence of prior-year one-off gains, DXN maintained solid cash generation, declared dividends with a 59.5% payout ratio, and continued advancing its vertically integrated expansion strategy across Latin America to support long-term growth and supply chain resilience.

DHL Supply Chain expands operations in Senai Airport City to support growing demand in industrial, logistics ecosystem

DHL Supply Chain Malaysia has commenced operations at its new Malaysia South Region Hub 2 in Senai Airport City, marking its second major logistics investment in Johor. The 18,660-square-metre facility, completed within a year, is fully occupied by key investors and strengthens DHL’s capacity to support advanced manufacturing and technology-driven supply chains in the region, while reinforcing Senai Airport City’s growing integrated industrial and logistics ecosystem.

Asian Financial Forum concludes successfully in Hong Kong, gathering over 4,000 global business leaders and officials

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 January 2026 - The Asian Financial Forum (AFF), Asia's flagship annual financial event, successfully wrapped up its 19th edition yesterday (January 27), following two days of high-powered discussions and intelligence sharing involving more than 4,000 business leaders and officials from over 60 countries and regions.

Most Viewed

Japan’s election sees scant progress for female candidates

Despite Prime Minister Sanae Takaichi's historic win, the proportion of women running in Japan's upcoming general election has barely increased, falling far short of government targets.
spot_img

Popular Categories