the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM Johor reman pegawai syariah, peguam syarie terlibat kartel hibah

Dua suspek disyaki terima rasuah RM91,000 bagi urusan Perintah Pengesahan Hibah direman tujuh hari, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman seorang pegawai syariah dan seorang peguam syarie.

Kedua-duanya disyaki meminta serta menerima wang rasuah kira-kira RM91,000.

Wang itu dipercayai sebagai balasan untuk mengeluarkan Perintah Pengesahan Hibah bagi tujuan pertukaran hak milik.

Majistret Ahmad Khairuddin Khalid membenarkan reman tujuh hari sehingga 20 Jan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kedua-dua suspek lelaki berumur lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan berasingan semalam.

Mereka ditahan kira-kira pukul 8 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

Siasatan awal mempercayai mereka bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2016 hingga 2018.

Mereka disyaki menerima wang rasuah secara tunai daripada 13 penerima hibah.

Setiap penerima hibah dipercayai membayar kira-kira RM7,000.

Pengarah SPRM Johor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan tangkapan itu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

Popular Categories