the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM kongsi strategi banteras rasuah besar di MICGI 2025

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfokuskan pendekatan strategik bagi menangani rasuah berskala besar semasa Persidangan Antarabangsa mengenai Tadbir Urus dan Integriti Malaysia (MICGI) 2025.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, berkongsi kaedah terkini termasuk penggunaan teknologi risikan, forensik digital, dan pemulihan aset yang disalurkan ke luar negara.

Beliau turut menekankan ancaman rasuah siber serta pengubahan wang haram melalui mata wang kripto.

“Cyber Corruption dan penyitaan aset digital perlu diperkukuh bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam sistem kewangan,“ jelas Mohamad Zamri.

Beliau juga menyeru pembaharuan dasar, penubuhan pasukan khas domestik dan antarabangsa, serta pelaksanaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang memperkenalkan liabiliti korporat.

SPRM turut menekankan pentingnya penguatkuasaan terhadap “foreign bribery” bagi melindungi kedaulatan negara dan integriti perniagaan Malaysia di peringkat global.

“Kerjasama antarabangsa penting dalam memastikan usaha memerangi rasuah lebih efektif,“ tambah kenyataan SPRM.

Persidangan ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bersama International Anti-Corruption Academy (IACA) dan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis tersebut dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

SIM graduates demonstrate strong employment outcomes in high-demand sectors

As Singapore's economy continues to evolve and sectors undergo rapid transformation, the need for adaptable, industry-ready talent remains paramount. The Singapore Institute of Management (SIM), one of the nation's leading private education institutions, continues to play a significant role in equipping graduates with the competencies required to excel in a competitive labour market.
spot_img

Popular Categories