the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan zahir ucapan selamat Tahun Baharu 2026

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan ucap selamat Tahun Baharu 2026, doakan kesejahteraan rakyat dan harap rakyat terus bersatu padu.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2026.

Ucapan itu ditujukan kepada seluruh penduduk Pahang dan rakyat Malaysia amnya.

Baginda berdua mendoakan agar rakyat sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, keselamatan serta kehidupan harmoni dan sejahtera.

“Mudah-mudahan tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kekuatan semangat dan kejayaan dalam setiap cabaran kehidupan yang dilalui,” titah mereka menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Mereka turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersatu padu, saling menghormati dan mengamalkan nilai-nilai murni.

Ini demi memelihara keharmonian masyarakat serta kemakmuran negeri dan negara tercinta.

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan bertitah tahun baharu ini wajar dijadikan titik tolak untuk memperkukuh azam dan memperbaiki diri.

Baginda berdua juga mengajak seluruh rakyat agar bersama-sama berdoa supaya negeri Pahang dan negara dijauhi segala bentuk tragedi serta bala bencana.

“Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Pahang dan Malaysia keseluruhannya,” titah mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img