the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan Selangor berangkat ke istiadat pengurniaan darjah sempena hari keputeraan

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berangkat ke istiadat pengurniaan darjah di Istana Alam Shah sempena ulang tahun keputeraan ke-80 baginda

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba ke Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 9.30 pagi diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz. 

Terdahulu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 baginda di perkarangan istana.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam sembah ucapan taat setianya mewakili rakyat jelata, kepimpinan serta pentadbiran kerajaan negeri merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah Sultan Sharafuddin sempena ulang tahun hari keputeraan baginda.

“Patik sekalian senantiasa mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri serta kerabat Diraja Selangor dikurniakan dan dilimpahi ‘afiyah, sakinah, sa’adah, dan fadilah,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories