the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga maut rentung dalam dua kebakaran berasingan di Sabah

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Pasangan warga emas dan seorang wanita OKU ditemui rentung dalam dua kebakaran berasingan di Kudat dan Semporna, Sabah

KOTA KINABALU: Tiga orang maut dalam dua kejadian kebakaran berasingan di Kudat dan Semporna, Sabah.

Pasangan suami isteri warga emas ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Lausan Batu 4, Kudat.

Mangsa berusia 73 dan 74 tahun itu ditemui di bahagian bilik tidur rumah mereka yang terbakar sepenuhnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.58 malam.

Sepuluh anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 12.36 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 1.30 pagi.

Operasi pemadaman menghadapi cabaran kerana jambatan sempit dan wayar elektrik rendah yang menghalang laluan jentera.

Sementara itu, seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran lain di Kampung Perigi, Semporna.

Mangsa dikenali sebagai Munairaya Baluan, 58, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Rastam Keladi berkata mangsa ditemui di ruang bilik rumah pertama yang dipercayai menjadi punca kebakaran.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11.12 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pada 11.57 pagi,” katanya.

Kebakaran di Semporna itu membabitkan tujuh buah rumah setinggan.

Operasi pemadaman di Kudat menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan air.

Sumber air diperoleh daripada tangki jentera bomba sendiri.

Mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Suresh Peters’ first JB show to evoke memories of 1990s Tamil cinema

Indian singer-composer Suresh Peters, known for his contributions to Tamil film music in the 1990s, will perform in Johor Bahru for the first time at the ‘Legends Vibe – Live in JB’ concert on Dec 5.

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

Most Viewed

spot_img