the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TNB, THT berentap di final Piala TNB 2024

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) semakin menghampiri gelaran treble musim ini apabila membuat perhitungan dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT) di pentas final Piala TNB di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

THT seharusnya mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan berkenaan sekiranya mahu membawa pulang satu piala musim ini selepas gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL), yang kedua-duanya dimenangi oleh TNB.

THT terlebih dahulu mengesahkan slot final menerusi agregat 6-1 selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Maybank pada aksi separuh akhir kedua di stadium berkenaan hari ini.

Bagaimanapun Maybank membuka jaringan seawal minit kedua menerusi pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim sebelum penyerang THT Faizal Saari menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-16.

Ismail Abu meletakkan THT di depan pada minit ke-29 menerusi jaringan padang sebelum Faizal mengesahkan kemenangan dengan jaringan padang pada minit ke-47.

Sementara itu, TNB mara ke final dengan menerusi agregrat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT selepas melakar kemenangan 5-1 pada aksi separuh akhir kedua hari ini.

Gol TNB hadir seawal minit ketiga oleh Muhammd Azrai Aizad Abu Kamal, Jang Jong Hyun (m-36) Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m-40) Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (m-45) dan Muhammad Shahril Saabah minit ke-60.

Zul Pidaus Mizun menjaringkan gol tunggal UITM HA-KPT pada minit ke-33.

Dalam pada itu saingan Piala Vivian Soars 2024 pula menyaksikan Malaysian University dan pasukan jemputan China, Liaoning akan membuat perhitungan di pentas final, Sabtu ini.

Malaysian University mengesahkan slot mereka di perlawanan akhir selepas menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 8-2 menerusi kemenangan 4-1 yang dicatatkan pada separuh akhir pertama dan separuh akhir kedua.

Pasukan Liaoning pula turun berbekalkan kemenangan 3-0 pada separuh akhir pertama ke atas PDRM Blue Warriors berjaya mengekalkan kelebihan tersebut selepas aksi separuh akhir kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings