the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tren pertama projek RTS Link tiba di Johor Bahru

Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura memasuki fasa kritikal ujian percubaan dengan ketibaan tren pertama di Depoh Wadi Hana.

JOHOR BAHRU: Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura memasuki fasa kritikal dengan ketibaan tren pertama di Depoh Wadi Hana.

Set Tren 02 tiba selepas menempuh perjalanan 541 kilometer dari kemudahan CRRC Rolling Stock Centre di Batu Gajah, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations Pte Ltd (RTSO) Dr Ahmad Marzuki Ariffin berkata penghantaran tren menandakan peralihan projek ke fasa praoperasi.

BACA: Fasa percubaan pertama tren RTS Link dijangka bermula Disember

“Pelbagai aktiviti pengujian dan penyelarasan sistem akan dijalankan bagi memastikan tren dan infrastrukturnya berfungsi dengan sempurna serta mematuhi piawaian keselamatan,” katanya.

Proses penghantaran tren mengambil kira faktor keselamatan, lalu lintas dan cuaca dengan beberapa titik hentian di Kuala Lumpur dan Melaka.

Set tren empat gerabak itu tiba di depoh tengah malam tadi dengan dibawa menggunakan empat lori treler.

Keselamatan tapak depoh diberi keutamaan sejak peringkat persediaan terutama memastikan tanah cukup kukuh untuk menampung kren berat.

Kerja-kerja penurunan setiap gerabak berberat 32 tan ke landasan bermula pagi ini.

Setiap hentian perjalanan turut melibatkan pemeriksaan keselamatan termasuk semakan titik pengikat.

Secara keseluruhannya, lapan set tren yang masing-masing terdiri daripada empat gerabak akan beroperasi bagi perkhidmatan RTS Link.

Bagi fasa penghantaran pertama, empat set tren dihantar dan ditempatkan di Depoh Wadi Hana.

Baki empat set tren dijadualkan tiba secara berperingkat bulan depan.

Projek RTS sepanjang empat kilometer dijangka siap pada Disember 2026 dan mula beroperasi awal 2027.

Sistem ini dijangka mampu membawa hingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BBSB International Limited announces its subscription results Recorded approximately 10,745 times of over-subscription for its Public Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), an established civil engineering contractor in Malaysia, is pleased to announce the subscription results for its shares under the Public Offer and Placing.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories