the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

TUDM pertimbang segera program MRCA akibat halangan beli pesawat Kuwait

TUDM mungkin percepat perolehan MRCA kerana isu garis masa dan syarat teknikal dalam perancangan beli pesawat F/A-18 C/D Hornet dari Kuwait

SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kemungkinan akan menyegerakan program perolehan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA) berikutan beberapa isu dan ketidaktentuan berhubung perancangan perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet daripada Tentera Udara Kuwait (KAF).

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata faktor garis masa dan syarat teknikal yang ditetapkan Kuwait bagi perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet itu menjadi pertimbangan utama sama ada TUDM akan meneruskan hasrat tersebut atau beralih kepada perancangan lain bagi memastikan kesiagaan ruang udara negara tidak terjejas.

“Ketetapan Kuwait adalah selepas 12 hingga 18 bulan mereka menerima pesawat Super Hornet barulah mereka boleh mempertimbangkan untuk menjual F/A-18 C/D Hornet kepada negara yang berminat.

“Tetapi sehingga hari ini, mereka (Kuwait) tidak tahu bila pesawat Super Hornet mereka akan tiba. Belum ada lagi ketetapan tarikh perolehan pesawat Super Hornet oleh Kuwait,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Muhamad Norazlan menjelaskan selain faktor kelewatan, terdapat kekangan teknikal dan syarat daripada pihak pengeluar F/A-18 C/D Hornet  iaitu Amerika Syarikat (AS) yang memerlukan tempoh masa tambahan sebelum pesawat itu boleh dioperasikan oleh TUDM.

“Kita juga menerima surat secara rasmi daripada Kedutaan AS yang mengatakan bahawa meskipun pesawat Kuwait kita terima, kita tidak boleh menerbangkan pesawat tersebut. Kita perlu mengubah peralatan dan perubahan peralatan itu memerlukan tempoh kira-kira 15 bulan lagi,” katanya.

Muhamad Norazlan berkata berikutan itu TUDM perlu membuat keputusan yang tepat berdasarkan beberapa faktor berkenaan agar tidak menjadi bebanan di kemudian hari.

Program MRCA merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) jangka panjang yang dirangka kerajaan untuk memodenkan armada udara negara secara berfasa menjelang 2035 hingga 2040.

Di bawah CAP55, TUDM menyasarkan untuk memiliki dua skuadron pesawat MRCA bagi menggantikan pesawat Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet sedia ada.

Beliau berkata sekiranya perolehan Hornet Kuwait gagal, selain menyegerakan program perolehan MRCA yang sepatutnya bermula pada fasa kedua atau ketiga pelan CAP55, TUDM juga akan menumpukan kepada perolehan pesawat pejuang ringan FA-50.

Mengenai perkembangan FA-50, beliau berkata pihak Korea Aerospace Industries (KAI) telah memberikan komitmen untuk menyerah enam pesawat yang ditempah pada penghujung 2026 dan bakinya bermula tahun 2027. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

Malaysians highly optimistic about personal and national future

Malaysians are entering 2026 with strong optimism for their personal lives and the country's direction, significantly outpacing global sentiment according to a new Ipsos survey.

SL Aesthetic Group Celebrates 22 Years of Growth and Innovation Across Singapore and Southeast Asia

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - SL Aesthetic Group celebrates its 22nd anniversary, marking its growth from a single clinic into a multi-brand medical aesthetics and healthcare group.
spot_img

Popular Categories