PASIR MAS: Seorang tukang masak wanita telah ditahan kerana disyaki menyebarkan video seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) menunjukkan kemaluannya menerusi siaran langsung aplikasi TikTok.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata wanita tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur kelmarin dan direman selama empat hari.
Beliau menyatakan wanita berkenaan akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok.
Mohd Yusoff berkata berdasarkan semakan, wanita terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini media melaporkan keluarga kepada OKU berusia 37 tahun itu meminta orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Kejadian itu berikutan tular video Mat Tere menunjukkan kemaluannya selepas diminta oleh seorang wanita dalam siaran langsung di TikTok minggu lepas. – Bernama










