the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UMNO belum bincang hasrat Khairy Jamaluddin sertai semula parti

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata parti belum bincang hasrat Khairy Jamaluddin untuk kembali, enggan sahkan atau nafi laporan media.

PUTRAJAYA: UMNO belum membincangkan hasrat Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti itu, menurut Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberikan jawapan ringkas “Setakat ini belum lagi” ketika ditanya mengenai hasrat bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Ahmad Zahid mengesahkan beliau sempat bertemu Khairy pada majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Ahad lalu.

Namun beliau enggan mengesahkan mahupun menafikan dakwaan memberi restu untuk Khairy kembali ke UMNO.

“Saya cuma bertemu beliau di majlis perkahwinan dan tiada sebarang perbincangan dibuat,” katanya.

Beliau menambah bahawa apa yang terpapar dalam media adalah berita yang ditulis oleh wartawan yang dihormatinya.

Sebelum ini, media melaporkan Khairy akan menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah.

Laporan tersebut mendakwa bekas Menteri Kesihatan itu sudah mendapat ‘restu’ kepimpinan tertinggi UMNO.

Pada Januari 2023, Khairy dipecat daripada UMNO susulan kritikannya terhadap kepimpinan tertinggi parti sepanjang kempen PRU ke-15.

Bagaimanapun, sejak itu beliau berulang kali menegaskan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti lain kerana kesetiaannya kepada UMNO. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Greenbriar Announces the Appointment of Brian Conlan as a Member of the Board of Directors and Chairman of its Aviation Housing Committee

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - December 4, 2025 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") welcomes Brian Conlan as a full Board Director and Chairman of the newly-formed Aviation and Military Housing Committee.
spot_img

Popular Categories